Amalan Bulan Ramadan.

Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada Ramadhan ialah:-

  • Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.
  • Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati ALLAH.
  • Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat Tarawih, tahajud terutama pada malam Lailatul Qadar.
  • Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripadaNYA terutama ketika berbuka dan bersahur.
  • Banyakkan membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik zikir, supaya anda beroleh pertolongan dan syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
  • Pastikan sumber makanan dan minuman kita sepanjang bulan ini jauh dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa dan doa kita diterima ALLAH.
  • Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya sangat besar daripada berbuka bersendirian.
  • Sentiasa melakukan solat lima waktu berjemaah.
  • Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
  • Awasilah diri anda daripada menghabiskan waktu tanpa faedah kerana bulan ini bulan ibadah.
  • Jika berupaya, kerjakan umrah dalam bulan ini kerana umrah pada bulan Ramadhan sama dengan sekali ibadah haji.
  • Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur adalah sunah Rasulullah.
  • Segerakan berbuka, sebaik-baik sahaja matahari terbenam.
  • Peliharalah lidah anda daripada berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya di sepanjang bulan ini, kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
  • Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar daripada batas-batas kesederhanaan.
  • Pastikan diri anda dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH dan mentaati segala suruhanNYA.
  • Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.
  • Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang bersungguh-sungguh sepanjang masa, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
  • Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan pula dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa sepanjang tahun.
  • Teruskan dengan iman, takwa dan amal-amal yang soleh, sekalipun bulan Ramadhan sudah selesai hingga anda meninggal dunia.
  • Banyakkan ucapan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada hari Jumaat. 
    
Wallahu'alam

Taqwim

Terbaik